Wednesday 21 November 2012

BABY BOOMERS, GEN X DAN GEN Y


BABY BOOMERS
Generasi baby boomers dikatakan adalah golongan yang lahir pada pasca-Perang Dunia Kedua iaitu antara tahun 1946 hingga 1964(berdasarkan US Census Bereau). Baby boomers dibahagikan kepada dua segmen. Pertama dikenali sebagai Leading-edge Baby Boomers iaitu golongan yang lahir antara tahun 1944 hingga 1955. Kedua dikenali sebagai Late Boomers/Trailing-edge Boomers iaitu golongan yang lahir pada tahun 1956 hingga 1964.
Manakala menurut penulis yang terkenal dengan teori generasi, William Strauss and Neil Howe, mengatakan generasi Boomers adalah mereka yang lahir pada 1943 hingga 1960, mereka terlalu muda untuk mengingati Perang Dunia Kedua tetapi cukup tua/matang untuk mengingati perang American High.
Walaubagaimanapun, penulis tentang teori generasi berbeza berpendapat tentang bilakah jangka masa Baby boomers bermula. Namun tempoh masa mengikut pendapat mereka adalah dalam


GENERASI X
Selepas era Baby boomers, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Generasi selepas itu dikenali sebagai Baby bust, tetapi istilah yang sering diguna pakai ialah Generasi X. Generasi X merupakan sebuah istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1960-an hingga tahun 1982. Namun sempadan masa bagi Generasi X tidak ditentukan. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains sosial, dan pemasaran, dan paling kerap digunakan dalam budaya popular.
Generasi X merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding Baby boomers. Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka


GENERASI Y
Generasi Y, juga dikenali sebagai Generasi Millennium dan New Boomers, adalah kohort demografi berikutan Generasi X.  Tiada tarikh tepat apabila Generasi Y bermula dan berakhir. Pengulas menggunakan tarikh lahir awal bermula dari tahun 1970 atau awal 1980-an hingga awal 2000-an (dekad).
Generasi Y adalah golongan yang lahir pada zaman teknologi kian berkembang pesat. Gadjet, telefon bimbit, komputer dan internet menjadi suatu kemestian bagi mereka. Antara ciri lain Generasi Y ialah mereka mempunyai keinginan untuk bebas bersuara menyatakan pendapat mereka dan mereka suka diberikan perhatian. Malah mereka adalah golongan yang suka bersosial dan suka berada dalam kalangan rakan sebaya mereka.

No comments:

Post a Comment