Monday 29 October 2012

KHASIAT HALIA


Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut. Masyarakat di China dipercayai telahmenggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Perubatan Moden

  Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden. Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Perisa Masakan

Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan. Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Buang Angin

  Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu. Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.

Banyak Kegunaan

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan. Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
Sumber : http://melayukini.net/2012/03/1001-rahsia-khasiat-halia-menarik/

RAHSIA PERUBATAN DI SEBALIK LUDAH


Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan ludah sebagai ubat.  Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki.  Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu.  Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun.
  Petua menggunakan ludah untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh.  Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil  sedikit air ludah sendiri dengan satu jari.  Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka.  Nescaya cepat sembuh.
  Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah.  Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin.  Menurut orang tua-tua, supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.
Kajian Saintifik tentang Ludah
  Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air ludah dapat menyembuhkan luka.  Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air ludah yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka.
  Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain.  Saintis juga menjangka, air ludah boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.

Sumber : http://melayukini.net/2011/12/rahsia-disebalik-air-ludah-menarik/

My Lab Assignment - Microsoft Power Point

My Lab Assignment - Microsoft Power Point

History Of Transportation

Revolution of Transport 

Monday 22 October 2012

7 UNIQUES HOUSE INSPIRED FROM CARTOON

The animated cartoon fan was not only fond of his character in the fictional world, but brought up to the real world. The fans are building houses just to house his favorite character in the animation. following pictures are 10 homes whose owners are inspired or a rabid fan of the animated character.

1.Minnie Mouse's House

Minnie's house pink and lavender, this home not only looks cute on the outside but full of equipment in it. This house can be seen in Mickey's Toontown Fair, in Orlando, Florida.

                     

2. The Simpson House

The house is exactly as in the cartoon Simpson both outside and inside and is located in Henderson, Nevada, USA



3. Flintstones House

Who said The Flinstones only if the house is in the cartoon? The house was found to be well-known cartoons in the real world. It has a front door, some windows and the roof. The house is located on Nas Montanhas de Fafe in Portugal.



4. Barbie's House

Modern house was created by interior designer Jonathan Adler on the eve of Barbie's 50th anniversary year. However, in March 2009, Adler makes house designer in real life with a home that has spacious 3500 square feet overlooking the Pacific Ocean. Houses this fits into the doll Barbie's Real-Life Malibu Dream House is located in Malibu, California.


5. Snoopys House

Giant version of Snoopy's house is just a house dog form and used as an information kiosk for the complex on the baseball field, part of the Charles M.Schulz Museum in Santa Rosa, California




6. Hobbit's House

is not a home-style home built by the producer of The Lord of the Rings you know, but this is a real home uninhabitable. This amazing Hobbit house which was built by Simon Dale, who though not an architect or a construction worker, but can build this spectacular home. Yang even more remarkable that Simon built the house with his father only takes 4 months to complete. Costs incurred about 3,000 pounds.






7. Hello Kitty's House 

The house cat Hello Kitty Condo is located in Taipei, Taiwan. Once people see it, it would have instantly knew it was the home of Hello Kitty.



Sumber : http://www.didunia.net/2012/09/7-rumah-yang-terinspirasi-dari-film.html


APAKAH PUNCA MIGRAIN?

      Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golonganremaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

                                         


Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.
Punca migrain : 
1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Bau wangi yang terlampau kuat
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres
9. Menahan lapar
10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.
             
Sumber: http://melayukini.net/2012/10/apakah-punca-sakit-migrain-mesti-baca/

Tuesday 16 October 2012

18 CARA MERAWAT HATI


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
                                                    
Bukhari dan Muslim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.
                                                    
Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

Artikel oleh Ustaz Abu Basyer / Design Oleh Zulhafidz Yahaya
بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112) 

Monday 15 October 2012

PETUA RAMBUT CANTIK

Semua orang pasti mengimpikan rambut yang cantik dan sihat. Masalah rambut gugur, bercabang atau berkelemumur merupakan antara masalah rambut yang sinonim diperkatakan. Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis masalah rambut yang menghantui diri kita. Oleh itu, pelbagai produk penjagaan rambut di komersialkan. Namun, masalah rambut kita masih tidak dapat di selesaikan.
                          
Justeru itu, cara tradisional mula menjadi pilihan. Di samping murah, mudah dan tidak mempunyai bahan kimia, cara tradisional membuatkan kita lebih menghargai ciptaan Illahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. Dan yang paling menyakinkan kehalalannya kerana kita yang menyediakannya sendiri.
Jom kita intai petua untuk rambut yang cantik dan sihat ^^
Petua 1 :: Mengelakkan Rambut Gugur ::
                                         
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.
Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut.
                              
Petua 2 :: Elak Rambut Gugur-Rambut Lembut Dan Harum ::
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.
               
Petua 3 :: Rambut Berminyak ::
Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.
        
Petua 4 :: Masalah Rambut Kering ::
                                             
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan.

Petua 5 :: Menghitamkan Rambut ::
                                                    
Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkannya.
Petua 6 :: Rambut Berbuah ::
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
            
Petua 7 :: Meluruskan Rambut ::
                                        
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
                         
Petua 8 :: Rambut Cepat Panjang ::
Ambil beberapa batang serai, kemudian ketuk serai agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma. Setelah itu, sejukkan. Ambilkan air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala. Selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga mampu menyejukkan kulit kepala.
                                                 
Petua 9 :: Elak Rambut Mudah Beruban ::
                                       
Bancuh sedikit minyak kepala, lender dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian lumurkan pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas hingga bersih.
       
Petua 10 :: Melebatkan Rambut ::
Lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali.
Petua 11 :: Rambut Bercabang ::
                                    
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lender. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala selama 10 minit dan kemudian bilas dan keringkan rambut. Amalkan dua kali seminggu.
       
Selamat Mencuba!!! ^^

Sunday 14 October 2012

BELAJAR : BAGAIMANA MENDAPAT KEBERKATAN?


Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

                                     

TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Wednesday 10 October 2012

Semanis Kopi Masin

" Cik, tolong bagi garam"

     Suasana di Cafe Tombirou sunyi seketika. Permintaan Azarul Amir meminta garam untuk kopinya menimbulkan tanda tanya kepada para pelanggan di situ.

     Pelayan itu kaget. Garam hendak letak dalam kopi? Namun, dia segera mendapatkan garam yang diminta, bimbang pelanggannya akan mengamuk.

     "Peliknya citarasa awak" tanya Iman Khaliesah memecah kesunyian yang penuh tanda tanya itu.

     Amir hanya tersenyum sumbing. Rasa tebal mukanya ketika itu kerana menahan malu. Sebenarnya dia mahu meminta gula, dek terlalu cemas dia tersalah cakap kepada pelayan kerana hatinya berdebar, tika kali pertama bersua dengan gadis itu. Oleh sebab mahu menutup malunya, dia masukkan juga garam ke dalam kopinya.

     Amir mengenali Iman melalui teman rapatnya dan ia merupakan pertemuan pertama mereka. Amir telah lama memendam perasaannya terhadap Iman. Dia berharap perkenalan itu akan menghasilkan bunga-bunga cinta.

    "Awak, tak masin ke kopi tu?" ujar Iman pelik melihat tabiat jejaka di hadapannya itu.

    "Er..masin." Amir ligat mencari idea untuk menutup rasa malunya itu.

    "Sebenarnya ketika kecil dahulu saya tinggal bersama atuk dan opah. Rumah kami berdekatan dengan pantai, kehidupan kami begitu susah pada masa itu. Pernah kami tiada duit untuk membeli gula. Kalau opah ingin membuat air kopi dia masukkan garam sebagai penambah perasa. Apabila minum kopi masin, ia mengingatkan saya kepada mereka."

    "Atuk dan opah awak sekarang di mana?"

    "Mereka sudah meninggal dunia." Iman kagum dengan sifat Amir. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah lagi bertemu dengan lelaki yang begitu sentimental.

    "Atuk,opah maafkan Amir." Amir bermonolog sendirian. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana membabitkan atuk dan opahnya dalam penipuan untuk menutup malunya.

                               


Kasih Bertaut

     Semenjak pertemuan itu, hubungan Amir dan Iman semakin rapat. Mereka saling bertukar cerita, berkongsi minat dan sering meluangkan masa bersama. Terhasil sudah ikatan kasih seperti yang diimpikan oleh Amir. Selepas setahun mereka menyulam kasih, akhirnya hubungan mereka sah disisi Islam dengan ikatan perkahwinan.

     Pertemuan pertama kali itu membuatkan Iman tidak pernah melupakan kegemaran Amir. Kopi masin sesuatu yang unik. Kerana kesukaan Amir yang pelik itu mereka bersatu. Oleh itu, jika Amir mahu meminum kopi, Iman tidak pernah lupa untuk meletakkan garam dalam kopi tersebut.

     Walaupun Amir dan Iman telah berkahwin, Amir masih tidak menceritakan perkara sebenar kepada Iman. Bukan sahaja kerana ego, tetapi dia juga malu untuk mengaku. Jadi, jika Iman membuat kopi yang masin, Amir tetap akan meminumnya.

     Walau masin macam mana masin sekalipun kopi yang Iman buat, Amir pasti merasai manisnya. Disebabkan kopi masin itulah dia berjaya mendapatkan puteri impiannya.

     Setelah 40 tahun hidup bersama, Amir masih tidak berterus-terang. Akibatnya, dia menghidap penyakit darah tinggi dan sakit jantung di peringkat yang serius. Kadangkala Amir tergelak sendiri kerana penyakit darah tingginya itu berpunca daripada kopi masin yang diminumnya.

Tinggal Kenangan

    "Ibu, ibu menung apa? Dahlah, jangan sedih-sedih lagi. Kita doakan kesejahteraan abah di sana." Tegur Ilham Aiman, anak sulungnya mematikan lamunan Iman. Ilham tahu, ibunya masih mengingati abahnya meskipun sudah lima tahun pemergian arwah bapanya. Ilham ternampak surat di tangan ibunya. Semenjak pemergian abahnya, ibu selalu membaca surat itu. Sedikit sebanyak timbul tanda tanya di benak Ilham.

    "Surat abah ya,bu?"
    "Ha'ah...bacalah."

Ke hadapan isteri yang ku sayangi, Iman Khaliesah.

 Detik bersamamu amat bermakna bagiku. 
Pahit manis kehidupan sama di rasa. 
Kiranya daku pernah menyakitimu, maafkan daku. 
Disini ingin ku akui sepanjang kita hidup bersama, tidak pernah kau ku bohongi.
Cuma satu sahaja...
Kopi masin tidaklah ku gemari.
Tidak pernah kau ku maklumi.
Tidak sampai hati untuk ku tidak mengiakannya dek peristiwa itu ia menyatukan kita berdua. Pernyataan ku hari itu, hanya menutup rasa malu dan perasaan gemuruh ketika pertama kali menatap wajah jelitamu. 
Namun kini, tika warkah ini di tanganmu, ku sudah tiada lagi di sisimu. 
Tidaklah malu untuk ku akui. Maafkan abang kerana berahsia.

Yang menyayangimu,
Suamimu
Azarul Amir.

     Ilham tersenyum. Sayang sungguh abah terhadap ibu. Ketika dia ingin menghirup kopi yang disediakan oleh ibunya itu. Ilham bertanya.
    "Ibu, macam mana rasa kopi masin tu?"

    "Manis sangat".
     Ucap Iman sekali lagi mengimbau kenangan pertemuan kali pertama bersama suami tersayang.


                                             


Cerpen nukilan Siti Syahirah (Majalah Fokus SPM bil. 114 Edisi Januari 2011)