Tuesday 17 December 2013

FENOMENA SALJI DI MESIR

Sekarang di laman sosial, masing-masing sibuk memperkatakan tentang fenomena salji yang berlaku di Mesir. Malah ada yang mengatakan bahawa salji yang turun di Mesir ini adalah tanda-tanda kiamat.
Kecoh diperkatakan di sana-sini tentang kesahihan perkara ini.
Saya hanya ingin berkongsi dapatan saya memandangkan ramai yang sedang mempersoalkan hal ini.

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
 "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. " 
[Riwayat Muslim (157)]


Ini merupakan penjelasan Dr. MAZA berkenaan salji di Mesir



Maklumat berkenaan Jazirah Arab dan Mesir






Ramai yang menyebarkan maklumat tanpa membuat kajian dan bertanya kepada mereka yang lebih arif. 




Sedarkah kalian sebenarnya telah banyak tanda-tanda kecil kiamat yang telah dan sedang berlaku.

Salji yang berlaku di Mesir adalah rahmat daripada ALLAH SWT. Sepatutnya kita sebagai hamba mengagumi kuasa ALLAH dan mensyukuri segala nikmat yang diberikan.

Berikut merupakan blog yang menceritkan tentang tumbuhnya hutan di Tanah Arab.


(Apa yang telah saya sampaikan melalui kajian internet, usrah/perbincangan, pertanyaan drpd ilmuan. Jika maklumat yang saya berikan adalah salah, saya mohon maaf terlebih dahulu.
Mohon perbetulkan saya jika ada silap.)