Tuesday 25 September 2012

Kajian sahkan air berkarbonat punca obesiti

Minuman bergula tukar gen pengatur berat badan manusia.





Penyelidik di Amerika Syarikat(AS) dan Belanda mengesahkan bahawa minuman yang banyak mengandungi gula serta air buah-buahan yang terlalu manis menyumbang kepada masalah kegemukan atau obesiti.
  Hasil tiga kajian terbaharu punca obesiti itu yang diumumkan di AS minggu lalu dilakukan ke atas sampel semua peringkat umur dengan tempoh pemerhatian selama setahun.
  Dalam salah satu kajian itu, seramai 224 orang remaja di Boston,AS yang digalakkan mengambil minuman tanpa kandungan gula yang tinggi selama setahun hanya mencatat kenaikan berat badan purata 0.68 kilogram(kg) sedangkan satu kumpulan lagi yang diberikan minuman banyak gula mengalami peningkatan berat badan sebanyak 1.5 kg.
  Pakar-pakar pemakanan di Malaysia yang menyokong kebenaran kajian tersebut bagaimanapun menarik perhatian bahawa gula, makanan segera serta kurang beriadah juga antara punca utama obesiti.

INFO Kajian Mengenai Kegemukan

1. KAJIAN PERTAMA
  • Menggunakan 32 variasi gen yang diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan.
  • Kajian mendapati minuman bergula menjejaskan gen yang mengatur berat badan dan  meningkatkan kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah.
2. KAJIAN KEDUA
  • Dilakukan di Hosital Kanak-kanak Boston membabitkan 224 orang remaja selama setahun.
  • Berat badan remaja yagn mengambil minuman tidak mempunyai kandungan gula yang tinggi selama setahun hanya eningkat 0.68kg manakala berat badan remaja yang diberi minuman bergula meningkat sebanyak 1.5kg.
3. KAJIAN KETIGA
  • Dilakukan di Universiti Amsterdam, Belanda, membabitkan 641 kanak-kanak berumur empat hingga 11 tahun selama 18 bulan.
  • Purata kenaikan berat kanak-kanak yang minum minuman yang berkalori rendah 6.39kg manakala berat purata anggota kumpulan yang minum air buah-buahan mengandungi gula menigkat 7.36kg.
Sumber : KOSMO! Isnin, 24 September 2012

No comments:

Post a Comment