Wednesday 12 September 2012

CINTAILAH ALLAH


Cintailah Allah kerana Dia-lah kekasih yang tidak akan meninggalkan, mengecewakan atau membiarkan kita sendirian. Renungilah kata Imam Ghazali r.h.m ini:

"Pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa tiap- tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang memba
wa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya terbaring seorang diri.Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya di dalamnya. Yang demikian tidak kudapati selain daripada amalan yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri."

No comments:

Post a Comment