BABY BOOMERS
Generasi baby boomers dikatakan adalah golongan yang lahir pada pasca-Perang
Dunia Kedua iaitu antara tahun 1946 hingga 1964(berdasarkan US Census Bereau). Baby boomers dibahagikan kepada dua segmen. Pertama dikenali
sebagai Leading-edge Baby Boomers
iaitu golongan yang lahir antara tahun 1944 hingga 1955. Kedua dikenali sebagai
Late Boomers/Trailing-edge Boomers
iaitu golongan yang lahir pada tahun 1956 hingga 1964.
Manakala menurut penulis yang terkenal
dengan teori generasi, William Strauss and Neil Howe, mengatakan generasi Boomers adalah mereka yang lahir pada
1943 hingga 1960, mereka terlalu muda untuk mengingati Perang Dunia Kedua
tetapi cukup tua/matang untuk mengingati perang American High.
Walaubagaimanapun, penulis tentang
teori generasi berbeza berpendapat tentang bilakah jangka masa Baby boomers
bermula. Namun tempoh masa mengikut pendapat mereka adalah dalam
GENERASI
X
Selepas era Baby boomers, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan
mendadak. Generasi selepas itu dikenali sebagai Baby bust, tetapi istilah
yang sering diguna pakai ialah Generasi X. Generasi X merupakan sebuah istilah
untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1960-an hingga
tahun 1982. Namun sempadan masa bagi Generasi X tidak ditentukan. Istilah ini
digunakan dalam demografi, sains sosial, dan pemasaran, dan paling kerap
digunakan dalam budaya popular.
Generasi X merujuk kepada kumpulan
yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih
baik berbanding Baby boomers. Gen X
ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang
tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan
internet dan melahirkan pandangan mereka
GENERASI
Y
Generasi Y, juga dikenali sebagai
Generasi Millennium dan New Boomers,
adalah kohort demografi berikutan Generasi X.
Tiada tarikh tepat apabila Generasi Y bermula dan berakhir. Pengulas
menggunakan tarikh lahir awal bermula dari tahun 1970 atau awal 1980-an hingga
awal 2000-an (dekad).
Generasi Y adalah golongan yang lahir
pada zaman teknologi kian berkembang pesat. Gadjet, telefon bimbit, komputer
dan internet menjadi suatu kemestian bagi mereka. Antara ciri lain Generasi Y
ialah mereka mempunyai keinginan untuk bebas bersuara menyatakan pendapat
mereka dan mereka suka diberikan perhatian. Malah mereka adalah golongan yang
suka bersosial dan suka berada dalam kalangan rakan sebaya mereka.
No comments:
Post a Comment