Tuesday 27 November 2012

MODERN TOILET

     Modern Toilet is the name of one of the restaurant in Taipei, Taiwan with a modern decor and a full-toilet theme. The seats are made from toilet bowls and not any ordinary chairs we seen in restaurants. 

    The menu serves also pictures the name of the restaurant. They have ice cream that is serves in toilet-like bowl and the ice cream look like a poop. The food are serve in a bathtub-like bowl or toilet like bowl and what makes the food unique is the decoration of the food have the feel of the toilet.  The serving even really gross to look at, but in Taipei this restaurant is very popular.








SOURCE : http://funfever.blogspot.com/2007/11/taiwans-modern-toilet-restaurant.html

Saturday 24 November 2012

KOLEKSI BAS UNIK @JEPUN

Koleksi bas yang unik ini hanya boleh didapati di Jepun. Bas ini adalah khas untuk pelajar sekolah sahaja. Mari lihat apa yang menarik..
 







  

Kalaulah ada bas macam ni di Malaysia, mesti ramai pelajar terutamanya pelajar tadika/pra-sekolah dan pelajar sekolah rendah bersemangat nak pergi sekolah.

SUMBER : http://ngaruk.blogspot.com/2012/03/bas-unik-untuk-kesekolah.html

KEMEWAHAN SULTAN BRUNEI

Seringkali kita mendengar di kuliah-kuliah ataupun ceramah-ceramah agama tentang ayat di atas yang membawa maksud "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya". Terlalu besar nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya. Tetapi apakah dengan nikmat itu dapat membawa insan kepada sebuah kehidupan yang tenang dan bahagia? BELUM TENTU!


                  

































  Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga amat gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan sehingga kini koleksi kereta beliau melebihi 7000 buah kereta. Tuanku Sultan juga memilki jet peribadi mewah, beberapa istana megah dan banyak lagi. Sangat luar biasa!

Baru-baru ini kita dikhabarkan berita gembira dari Negara Brunei yang Sultan Hasanal Bolkiah akan melaksanakan hukum hudud di negaranya. Allah tidak hanya memberi nikmat kekayaan kepadanya, bahkan Allah mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM. Mudah-mudahan Tuanku Sultan berada di bawah rahmat dan redha Allah s.w.t. Allahuakbar!!!

Subhanallah, andai kata segala kekayaan ini untuk Islam, saya rasa ummat Islam di Palestin, Afrika, Bosnia dan di mana-mana sahaja pasti lebih bermanfaat.

Tanpa memanjangkan kalam, jom kita ziarah Istana Sultan Brunei ini yang diberi nama Istana Nurul Iman yang hampir keseluruhannya bersalut EMAS!





Istana tersebut memiliki 650 'suite room' yang setiap satunya dilengkapi perabot yang bersalut emas dan bertatahkan berlian yang harganya hampir RM 600,000. Layan je lah gambar2 di bawah ni...






Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).



Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

Baginda juga memiliki barangan peribadi dan perabot bersalut emas dan berlian.







Baginda juga memiliki pesawat peribadi yang dilengkapi perabot dari EMAS!








Singki pun bersalut emas!
Kekayaan Sultan Hasanal Bolkiah sangat luar biasa! Mungkin kerana berkat negara yang mengamalkan undang-undang Allah s.w.t. Semoga Allah merahmati Negara Brunei.

SUMBER : http://penpatah.blogspot.com/2012/11/info-gambar-keindahan-dalaman-istana.html

Wednesday 21 November 2012

GAJET PANTAU PENYAKIT JANTUNG


 29 Oktober 2012

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

                             


CETUSAN idea pakar kardiologi antarabangsa, Prof. Michael C.L. Lim dalam menghasilkan alat pemantau Elektrokardiogram (ECG) yang diintegrasi ke dalam telefon bimbit secara tidak langsung membuka lembaran baharu dalam sejarah perubatan penyakit jantung.
Ini kerana gajet yang dikenali sebagai EPI Life itu membolehkan sesiapa sahaja memeriksa dan merekod tahap ECG masing-masing ketika merasai simptom berkaitan masalah kardiologi.
Telefon mudah alih pertama di dunia yang memiliki sistem tersebut telah diperkenalkan oleh Heartronics Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat teknologi e-kesihatan yang memberi tumpuan kepada mempromosi dan memperkenalkan ciptaan teknologi terkini dalam bidang kepakaran tele-perubatan, pemantauan kesihatan jarak jauh dan peralatan diagnostik mudah alih.
Kesan lebih awal
Ia direka dan dibangunkan oleh EPI Mobile Health Solutions (S) Pte Ltd (EPI) untuk memberi perhubungan antara pesakit dan pakar perubatan serta membolehkan pengesanan awal penyakit jantung.
Pengarah Urusan Heartronics Sdn. Bhd., Jean-Michel Mougin berkata, alat yang boleh dimuatkan ke dalam poket itu dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yag mempunyai sejarah penyakit jantung atau berisiko mengalaminya.
SEBARANG perubahan denyutan jantung anda kini boleh direkodkan dalam telefon bimbit.



“Melalui pengesanan awal, rakyat Malaysia boleh mendapatkan nasihat perubatan serta-merta sebelum keadaan menjadi bertambah serius atau berlaku kes kematian mengejut akibat serangan jantung.  
“Orang ramai perlu berwaspada kerana penyebab utama kematian jantung secara mengejut adalah disebabkan ia tidak dikesan. Akibatnya pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan. Justeru, pengambilan ECG merupakan cara terbaik untuk mengesan arrhythmia (denyutan jantung abnormal) kerana ia mengukur aktiviti elektrikal jantung dengan tepat,” jelas beliau sewaktu pelancaran EPI Life di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Setelah mendaftar untuk perkhidmatan ECG EPI Life, pengguna akan dihubungkan secara automatik ke Pusat Concierge Kesihatan yang beroperasi 24 jam sehari. Apabila mengalami simptom seperti loya, sesak nafas, rasa pening, mengalami debaran jantung atau sakit dada, pengguna boleh mengambil ECG melalui EPI Life.
Ia boleh dilakukan dengan cara memegang telefon tersebut menggunakan tiga jari yang disentuh pada bahagian sensor. Tahap ECG kemudian akan dihantar ke pusat melalui GPRS.
Pusat tersebut yang diselenggara oleh doktor pakar dan juruteknologi kardiologi akan menganalisis bacaan sebelum menghantar keputusan penilaian dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh beberapa minit.
Sementara itu, Michael menyatakan, EPI Life direka dan dibangunkan bukan sahaja untuk kemudahan dan keselamatan pesakit jantung, tetapi juga bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi serta mereka yang ingin mengurus kesihatan dengan lebih baik.
                           

PENGARAH Urusan Heartronics, Jean Michel Mougin (dua dari kiri) bersama David (dua dari kanan) dan Micheal (kanan) menunjukkan telefon bimbit ECG pada pelancaran telefon bimbit ECG untuk mengesan penyakit jantung.


“Alat ini amat praktikal untuk merekod denyutan jantung pada bila-bila masa dan di mana jua. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka berasa tidak selesa atau mengalami simptom yang mungkin menandakan masalah jantung,” kata beliau sambil memberitahu konsep produk itu sudah dibangunkan sejak tahun 1990.
Tambahnya, data ECG yang dirakam dengan EPI Life menunjukkan 98 peratus hubung kait dengan 12 Lead-ECG standard. Ia berdasarkan kajian klinikal yang dijalan dan disiarkan dalam jurnal Jantung Eropah.
Untuk setiap bacaan ECG, ia akan direkodkan secara dalam talian menerusi Fail Kesihatan Peribadi Maya khusus untuk setiap pengguna sebagai rujukan perubatan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Pakar Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL), Dr. David Quek melahirkan rasa gembira apabila HPKL dipilih EPI Life untuk hospital rujukan.
“Dengan adanya Pusat Jantung Pantai sebagai salah sebuah daripada Pusat Kecemerlangan Bersepadu yang menawarkan perkhidmatan rawatan jantung komprehensif, saya percaya hospital ini mampu membekalkan perkhidmatan yang diperlukan oleh pesakit yang dirujuk,” tuturnya.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata simptom tidak selesa kadangkala berlaku sekejap sahaja dan tidak tetap. Justeru, kebanyakan orang tidak perasan pun apa yang dialami mungkin masalah jantung.
“Dalam kebanyakan kes, pesakit biasanya hanya merujuk kepada doktor atau pergi ke hospital setelah simptom reda.
“Pada ketika itu, doktor akan menghadapi masalah mengenal pasti keadaan yang tidak teratur ini atau memberikan diagnosis tepat kerana bacaan denyutan pesakit mungkin sudah kembali normal. Maka, di sinilah fungsi EPI Life boleh digunakan untuk merekod tahap kesihatan jantung anda,” ungkapnya.
Pelancaran EPI Life telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr. Balachandran Setiamurthi yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa penyakit jantung masih menjadi penyebab utama kematian di Malaysia.
“Faktor lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan obesiti yang dikaitkan dengan penyakit jantung juga sedang meningkat. Oleh itu masyarakat perlu lebih proaktif dalam menjaga kesihatan jantung walaupun merasakan diri sudah sihat dan cergas.
“Dengan cara itu, rakyat dan kerajaan akan dapat mengurus kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat dengan lebih baik terutamanya apabila keadaan tidak teratur itu dapat dikesan serta dirawat dari peringkat awal,” kata Balachandran.
 Sumber : Akhbar KOSMO!